TimeWise® Miracle Set ini didatangkan
dalam dua set berbeza, bergantung dengan jenis kulit iaitu set
Normal/Kering dan Kombinasi/Berminyak. Setiap set ini mengandungi
TimeWise® 3-in-1 Cleanser, TimeWise® Day Solution Sunscreen SPF 35
dan TimeWise® Night Solution dan TimeWise® Age-Fighting Moisturizer
.
Apa yang membezakan kedua-dua set ini adalah formulasi TimeWise® 3-in-1 Cleanser dan TimeWise® Age-Fighting Moisturizer.
Dirumus khas untuk kulit normal ataupun kering, pembersih
ini didatangkan dalam tekstur krim dengan biji-biji yang sangat halus.
Pembersih 3 dalam 1 ini berfungsi untuk membersih, mengelupas dan
menyegar dalam satu langkah mudah.
Manakala, pembersih TimeWise® 3-in-1 Cleanser untuk kulit
kombinasi atau berminyak pula dirumus dalam bentuk gel, berwarna jernih
dan mengandungi biji-biji yang sangat halus. Berfungsi untuk membersih,
mengelupas dan menyegar, pembersih wajah ini turut diformulasi untuk
mengawal minyak pada wajah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan